Shassha Danial

20 December 2011

Aku mengada, Kau susah ke? :)

Sha tak tahu kenapa Sha suka Dettol. Mungkin sebab pengaruh televisyen yang menyatakan kuman semakin berleluasa sekarang. MUNGKIN. Tapi memang betul kan. Kuman bukan kita nampak pun. Ada yang cakap mengada mengada nak pakai benda benda ini semua. Ada yang cakap kalau nak sakit itu sakit juga. BETUL. Tapi bukan ke lebih baik kita mencegah dulu sebelum merawat. Ye dak? ;) 

Ma bising sebab Sha pakai Dettol. Dia cakap pakai jelah yang sama dengan family lain. So tak perlu nak beli banyak banyak. Ini tak~ Nak beli Sha punyalah, family punyalah. So, dia bebel bebel. That's why I love you Ma. I LOVE YOUR BEBEL SO MUCH! :D 

Setakat ini Sha pakai 3 jenis produk Dettol. 

Yang Pertama; 

Sha suka pakai ini. Tak tahu kenapa. Dulu Sha tak suka. Sebab Sha cakap benda ini melekit. But now, rasa macam jatuh cinta. Wangi, best, awesome semua adalah senang cerita. 

DETTOL ANTI-BACTERIAL SHOWER GEL. ;) 

Yang Kedua; 

Sha first time beli benda ini masa nak keluar dengan family. Mula mula macam segan juga nak pakai masa nak pegang barang ke masa nak ambil troli dekat Mall ke. Tapi bila dah lama dah terbiasa pula. Lantaklah orang nak cakap mengada mengada ke apa ke. Kalau Sha sakit, dia ke yang bayar duit ubat? Tak kan? So diam! :p

DETTOL INSTANT HAND SANITIZER. ;) 

Yang Ketiga; 

Okay ini yang paling baru pernah Sha try. Baru jugalah. Along bebel masa Sha nak beli benda ini. Membazir katanya. Tapi Sha beli juga. Then masa dekat rumah, dia yang teruja lebih~ HAHAHA. 

DETTOL NO TOUCH HAND WASH SYSTEM. ;) 

Later Sha nak try produk lain pula. I mean, macam dia punya powder ke, anti-bacterial wipes dia ke atau yang lain lain. Okaylah. Sampai sini saja. Sampai jumpa lagi. :) 

p/s 1; Sha suka bau Original untuk semua jenis Dettol yang Sha guna. Untuk dettol no touch tu kan, seriously terpengaruh dengan iklan dekat tv tau. Nampak benda itu comel. Sebab itulah beli. Hee~ Lagi satu, tak perlu nak tengok orang macam apa kalau orang pakai hand sanitizer itu. Suka hati orang lah. ;) Korang pun boleh try juga. Seriously best! No tipu! :) 

p/s 2; Maaf biarkan kamu lama lama blog. Busy~ :( Sorry again! I love you! <3 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)