Shassha Danial

22 November 2011

Setelah Berjuang Berhabisan, Kemenangan Ternyata Milik Malaysia!

Assalamualaikum. Hai semua orang. Sha mungkin tak akan menulis panjag tentang update kali ini. Mungkin hanya akan buat quick review sahaja. MUNGKIN~ :D 

Pertama sekali, Sha nak ucapkan tahniah ke atas pasukan Arsenal sebab menang game menentang Norwich City tempoh hari. Eh kejap. Kita nak cerita tentang Harimau Muda lah. Ada Arsenal pula. HIHI~ Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia telah melakar sejarah kembali apabila menang ke atas Indonesia untuk Sea Games 2011 yang ke-26 semalam. :) Sha merupakan insan paling happy dekat rumah semalam. Yelah. Sha tak miss okay tengok game bola dari perlawanan pembukaan, group, semi final, dan juga final. Semua Sha follow. Tak tahu kenapa tiba tiba Sha jadi #hantubola. Habis satu rumah naik pelik. Nak buat macam mana. Benda datang dengan sendiri. Boleh tak kalau nak cakap, football is my passion now. HAHAHA! :D Okay. Semua boleh menyampah sekarang. 

Okay back to final game yesterday. Kaklong Sha ajak keluar, Sha mati mati tak nak ikut sebab nak tengok bola punya pasal. Lepas itu, ngam ngam game dah nak start, Ari pula text suruh teman dia pergi beli buku. Aduh! Then text dia balik cakap tak nak keluar sebab nak tengok bola. Mulalah dia text touching pula. Then say sorry barulah dia okay. Tapi dia cakap, "I maafkan you kalau Malaysia menang." -_- Boleh pula macam gitu? So tengoklah game penuh mendebarkan semalam. *maaf ayat skema sikit* HAHA~ Masa Indonesia score untuk first goal, tipulah kalau cakap dah putus harapan. Tapi still percaya yang Malaysia masih mampu kejar. Dan ternyata skuad Harimau Muda memang hebat! Kita dapat samakan kedudukan 1 - 1 sebelum habis separuh masa pertama. Itu satu petanda yang baik. :) 

Separuh masa kedua pula, lagilah dramatik. Kalau ada sakit jantung dah goal sendiri agaknya dekat rumah. -_- Punyalah banyak peluang tapi semua sia sia. Sedih. Tapi kita tahu mereka dah bagi yang berbaik. Habis masa 90 minit pun still sama. Tambah masa lagi. 30 minit pun masih tak cukup untuk memecahkan kebuntuan semua orang. Geram bukan? Sesiapa yang ada sikap, "makan minum mandi tidur bola", mesti tak nak sampai penalti semalam. Semua orang pun tak nak. Termasuklah Sha. Sumpah benda itulah paling terasa takut selepas  selama 2 jam game berlansung. Kalau boleh cabut sekejap jantung, dah buat semalam. :D 

Dan akhirnya penalti berpihak kepada kita! Skuad Harimau Muda menang penentuan sepakan penalti 4 - 3 selepas terikat 1 - 1 dengan Sang Garuda! Sha menjerit, melompat dan menangis sebab terlampau happy. Tuhan saja yang tahu macam mana rasanya semalam. Syukur Alhamdulillah. Kita menang penuh bergaya semalam. Syukur sangat sangat sangat! Kalau you all nak cakap Sha noob sebab sokong bolasepak Malaysia, silakan. At least I tak lalang and I know what I'm doing. ;) You guys yang tak tahu apa apa tu jangan tiba tiba nak cakap macam you guys tahu everything. I don't know about that, then I'm learning. Simple right? Sila jangan nak buat buat pandai sedangkan you zero. Okay? :) 

Tahniah sekali lagi buat skuad anak didik Ong Kim Swee iaitu HARIMAU MUDA! Kamu semua adalah wira dan hero negara! Kami sangat berbangga dengan kamu semua. Kamu telah mengharumkan nama Malaysia di pentas Asean dan juga seluruh dunia! Proud to be Malaysian! TAHNIAH! <3 Okay bye semua orang! Jumpa lagi nanti. 



Hari ini baru boleh letak gambar ini sebab memang betul SANG HARIMAU telah membaham SANG GARUDA! 

p/s 1; Sha pula tengah berjuang dengan final sekarang. Doakan Sha ye semua! Terima kasih! And to budak comel, thanks for the words. It's really helping! :) 

p/s 2; Selamat Hari Ulangtahun kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang jatuh pada hari ini iaitu, 22 November 2011. Semoga Tuanku sentiasa sihat dan dan dirahmati Tuhan! Allah peliharakan Sultan! Proud to be Johorean! <3 Johor cuti hari ini bukan sebab bola. Take note ye semua! ;) 

p/s 3; I LOVE YOU ABANG BADROLL BAKTHIAR! <3 YOU ARE MY HERO! cewahhhhhhhh~ :D 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)