Shassha Danial

12 September 2011

Cerita Hujung Minggu Yang Menghiburkan!

Hai semua orang. Assalamualaikum. Apa khabar semua? Rindu Sha tak? HIHI~ :p Maklumlah lama tak meroyan dekat blog kan? :D Sha busy sikit. Mood raya pun still ada. Plus, kelas pun dah start. Semakin busy, semakin tak ada masa untuk membebel bebel macam selalu. You all okay? Hope semua orang okay. Sha tak ada spesifikasi topik pun yang nak diceritakan. Mungkin update random tentang weekend Sha yang baru berlalu. Raya Sha okay. Class pun okay. Semua pun okaylah. Itu yang penting. :) 

Nak cerita, last Saturday, Ari buat open house. Sorry kalau ada orang invite open house tapi tak pergi. Family comes first. So, disebabkan Sha ini dah macam kakak dia, so Sha kena ada dekat rumah melayan tetamu yang ada. Sha rasa macam Sha pula tuan rumah. -_- Tapi memang pun. Sha dengan Waneq and Pejal yang banyak membantu. Umi dengan Ayah pun memang harapkan kita orang. So membantulah. Memang ramai yang amat orang datang. Semua kawan kawan polis dan bisnes Umi dengan Ayah. Terasa kagum sangat dengan Umi dan Ayah sebab mereka boleh berjaya walaupun saudara mara jauh. Means, memang mereka berusaha sendiri tanpa pertolongan orang lain. SALUTE! :') Ouh lupa, Umi dan Ayah ialah parents Ari. Tapi Sha pun panggil mereka, Umi dan Ayah juga. 

Lama juga dekat rumah Ari then Pejal dengan Waneq nak pergi tengok movie. So Sha pun kena ikut sebab Sha naik sekali dengan dia orang masa pergi tadi. TERPAKSA. So bincang bincang, kami decide nak tengok cerita HANTU BONCENG. Okay bagi sesipa yang belum tengok, dah boleh pergi tengok sebab cerita dia lawak and ada mesej tersendiri. Sha tengok pun gelak kuat kuat. Sebab lawak bangang sangat. :D And lantaklah. Orang bayar okay. Siapa suruh you all tak nak gelak. KAN? Tahniah Zizan for making my day. Pewittt!!!! Jue Aziz dengan Juliana Evan super duper hyper HOT okay. Cantik sangat. HEEE~ Then balik Ari call ajak lepak McD kejap. So lepak kejap sebab Waneq tak boleh balik after 10pm. 

ONE WORD : AWESOME! <3

Balik rumah sampai sampai saja Abah tengah tengok TV. My god! Nak tengok bola. Lepas itu terus tukar channel then Abah marah. Buka balik cerita Ong Bak 3 yang dia tengah tengok itu. Padahal cerita itu sudah tengok banyak kali kot. Nak juga tengok lagi. So layan kejap. Habis Ong Bak 3, terus tukar bola. Yeah! My Arsenal sudah 1. Suka hati tak terperi rasanya. Tapi chill saja. Tengok sampai habis. Puas hati Arsenal menang goal comel. HAHAHA. So full time : Arsenal 1 - 0 SWansea. Walaupun sekadar 1, hati saya sudah cukup berbunga bunga. :') 

Then semalam Ahad, Sha pergi rumah Pak Usu Sha. Wife dia baru lepas besalin. So dapat baby girl. Comel sangat sangat. Geram sangat tengok. Rasa macam nak gigit saja. BOleh? :D Nama dia, NUR IZZAHANA. Anak last dari 6 beradik. Mak Usu cakap dia yang last. Tak larat lagi lepas ini. Sha wondering, kalau larat akan ada yang ke tujuh ke? KUAT BETUL. -_- Sha just nak cakap, "selamat datang Hana. Semoga menjadi insan yang berjasa kepada ibu bapa bila dewasa kelak. Semoga dirahmati Allah S.W.T Kakak Sha doakan awak yang terbaik. InsyaAllah okay baby Hana. And, yang paling penting ialah SELAMAT DATANG KE FAMILY BESAR KAMU!" :) I am going to call her HANA. Sebab saya suka HANA TAJIMA. BOLEH? HIHI~ 

Baiklah. Itu sahaja cerita weekend sha. Weekend you all macam mana? Harap semua okay belaka. Ouh, selamat sambung belajar buat kawan kawan yang baru start degree new semester. Good luck. All the best. :) Baik, jumpa lagi nanti. Have a lovely day peeps! Tata dulu semua orang. 

p/s 1; Mungkin Sha jarang update selepas ini disebabkan kesibukan yang melanda. Tapi keep reading okay bila Sha update. Thanks semua orang. Sayang you all lebih. :-* Nak cakap yang Sha akan mula kerja part time nanti. HEEE~ :D 

p/s 2; Hati, sila jangan nak meroyan sangat. Jangan nak mengada ngada dengan benda baru atau apa sahaja. Sebab kamu tahu, ia hanya sekadar harapan yang tak mungkin terlaksana. So, please beware hati. And ingat bahawa kamu hanya milik ROBIN VAN PERSIE. Peduli orang sekeliling nak cakap apa. 

p/s 3; Jangan memberi kalau tak mampu, jangan menerima kalau tak yakin. Ingatlah, what goes around comes around. Dan, maaf bukanlah hanya sekadar dibibir manis sahaja. Walaupun diri sendiri acap kali melontarkan kata maaf. :') MAAF! 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)