Shassha Danial

02 September 2011

Bila Tiba Hari Raya


Assalamualaikum. Hai semua orang. *nyanyi* Bila tiba hari raya, semua insan bergembira. Tetapi bagiku err err... *tak ingat* HIHI~ Meroyan. :p Semua orang mesti tengah mood hari raya lagi bukan? Sha biasa biasa saja. Bila sudah dua tiga hari inilah baru sampai mood nak beraya. Masa raya pertama hari itu seriously tak ada mood raya lansung. -_- Tak tahu kenapa. Teruk bukan? Pagi pergi rumah Makngah then balik tidur. Bangun sebab ada orang datang rumah. Layan layan sekejap. Bila tetamu balik, sambung tidur semula. Tidur saja satu hari itu. >.< 

Kita semua beraya bergembira suka ria tapi ingat tak kita ada juga orang yang berduka lara. So kita janganlah lupakan mereka mereka ini. Sha bukanlah bagus mana tapi selalu terfikir kalau jumpa makcik pakcik yang hidup susah itu kan, "mana anak anak dia? tak tenguk ke ibu ayah dia susah macam ini?" Saat itu mulalah airmata macam tangki air bocor. Y_Y Sedih! Family Sha bukanlah mewah. Memang tak mewah pun. Tapi alhamdulillah semua cukup. Even Ma pun ada cakap, "susah susah kita pun ada juga benda nak makan. orang lain yang susah itu macam mana ea?" Time itu memang tak terjawab apa yang Ma tanya. 

Sha paling tak boleh tengok orang datang rumah kutip derma. Sumpah kesian sangat. Sanggup berjalan panas terik. Ya Allah. Tak tahu macam mana nak cakap. Kalau tak ada banyak, Sha bagi juga walau sedikit. Yang penting ikhlas. KANNN? :D Sha kadang kadang terfikir, "kalau aku merungut pun, kira aku bertuah semua ada. Ada yang serba kekurangan tapi masih tersenyum lagi. Yang aku ini baru tak kena sikit dah sibuk merungut. -_-" MasyaAllah. Betapa kuatnya iman mereka. Tuhan saja yang tahu. :') 

Sha buat entry ini bukanlah nak cakap Sha bagus or what so ever. Cuma sekadar nak mengingatkan kita bahawa ada lagi yang lebih memerlukan dari kita. So, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun Sha sendiri ada merungut banyak kali. BANYAK SANGAT KALI. HIHI. :D Tak apa. Perbaiki diri kita semua. Kan lebih elok. Tak gitu? :p 

Tengok kalau macam ini. 
You all tak rasa apa apa ke? 
Maaf. 
Tapi hal macam ini amat menyentuh saya. 
Y_Y

p/s; Orang selalu cakap, "yang minta derma itu kadang kadang jelmaan. Dia nak menguji kita ikhlas ke tak." Sumpah seram weyyy kalau dengar orang cakap macam itu. You all pernah dengar tak orang cakap macam itu? -_-

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)