Shassha Danial

30 August 2011

Ramadhan : Hari Terakhir (Menjelang Hari Raya)


Assalamualaikum. Hai semua. :) Hari ini merupakan hari terakhir semua umat Islam diseluruh dunia menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2011. Tahun Islam tak tahu. T_T Bukan tak tahu tapi tak pasti. -_- Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segala rezeki dan kurniaanNya disepanjang bulan yang penuh dengan rahmat ini. Sha bersyukur sangat. Lebih dan kurang semua ada hikmah disebalik yang berlaku. :') 


So, memang perkara biasa bila ramadhan yang terakhir, kita semua akan sibuk dengan persiapan terakhir menjelang Syawal. Contoh paling mudah ialah memasak. Memasak juadah untuk disajikan pada hari raya nanti. Untuk dikongsi dengan saudara mara dan jiran tetangga. Ada yang sibuk memasang langsir, ada yang sibuk mengecat rumah. Tapi untuk family Sha, malam raya ialah masa untuk memasak. Dari pagi akan sibuk duduk dekat dapur sebab tak nak masak sampai lewat pagi. :) 

Menu hari raya kami ialah ketupat, ayam masak merah, sambal kacang, kari daging, rendang daging dan sayur lodeh. Ini memang wajib ada pada hari raya. Abah tak suka ketupat segera. So dia yang anyam ketupat. Nak harapkan anak dia, memang jadi ketupat salah bikin. CONFIRM! Sha pula favorite ayam masak merah. <3 Memang sumpah terbaik dari Ma. HIHI~ Ouh, maaf. Saya tak makan lauk lodeh. So kalau tak ada pun tak apa. Tapi yang lain nak juga. Ma masak sajalah. ;) 

Mercun dengan bunga api jarang kami beli sebab masing masing kedekut nak invest dalam hal hal sebegitu. Tapi tahun ini, Achik murah hati belikan kami bunga api banyak gila. Dia siap beli mercun cina bagai. Memang nak beraya sakan namanya itu. ;D So memekak sebentar rumah dengan kemeriahan bunyi bising mercun cina itu. Tapi enjoy. Like serious. Plus, this year family Along dengan Angah ada masa malam raya dengan kita orang. Its supposed to,  Angah raya rumah mak mertua dia. Tapi oleh sebab dia macam itu, so rayalah dekat rumah Ma. :) 

Inilah mercun cina yang Sha cakap itu. 
Tapi ini macam besar pula. 
Achik beli kecil sedikit dari ini. ;)

Ini pula bunga api yang dia beli untuk anak anak saudara dia. 
Awesome kan? :D 
Ada lagi mercun tapi malas pula nak letak gambar banyak banyak. 
HIHI~ 

Sebenarnya menyambut Syawal bukanlah untuk membazir semata mata. Ia untuk kita meraikan sebulan kita berpuasa dengan kegembiraan. Bukanlah membazir menjadi topik utama. Okay? Selamat tinggal Ramadhan. InsyaAllah kalau umur panjang, kita berjumpa lagi tahun hadapan. Suka duka bersama kamu, memang Sha tak akan lupakan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. :') 

p/s; Macam mana raya you all? Sha raya biasa saja. Macam yang Sha cerita sebelum sebelum ini. :) Alhamdulillah. Ini pun sudah mencukupi. :) 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)