Shassha Danial

18 August 2011

Ramadhan : Hari Ketujuhbelas (Bila Perempuan Berbicara)

Ehem ehem~ Assalamualaikum. Hai semua. Maaf tajuk macam diskriminasi kaum lelaki sedikit. HIHI~ Puasa you all okay? Bagus. Alhamdulillah. Sebelum terlupa, Salam Nuzul Al-Quran semua. :). Malam semalam, Sha ada sedikit girl talk dengan Kakngah Sha. Kakngah ini kakak ipar Sha saja. For your info, Sha tak ada kakak sendiri selain kakak ipar. Tapi Sha anggap kakak ipar Sha macam kakak sendiri. Even mereka ipar saja pun. Sweet tak saya? Okay. Here's our conversation. 

Semasa sedang menonton tv di depan, Kakngah suddenly tegur. 

Kakngah : Dik, awak punya course belajar apa?

Sha : Belajar semua benda. Coding, computer, english, math. Tapi lebih computerlah. Kenapa kak?

Kakngah : Format format semua awak reti ke? 

Sha : Tak reti sangat. Tapi hari tu orang ada format pc Abang Chik. So macam okay je. Okay kot kalau nak format format lagi. HEHE~ 

Kakngah : Awak cuti raya bila? Akak nak ajak awak buat kuih nie.

Sha : Orang tak cuti pun. *gelak* Cutilah. Sabtu 27 hari bulan last class. Sebab lecture gedik nak buat extra class sabtu tu before cuti raya. Mentang mentang tak jumpa kita orang seminggu nanti. 

Kakngah : 25 dengan 26 akak cuti. Nanti kita buat kuih okay? Tapi 29 akak kerja. Lagi kesian aku kena kerja sehari sebelum raya. Nasib baik tak ada kampung. 

Sha : Tahu tak apa. Nasib Ma dengan Abah tak ada kampung. Tapi akak ada kampung kan dekat Pahang tu? 

Kakngah : Alah. Malaslah akak nak balik. Bukan awak tak tahu pasal kes balak tu? Awak tahu kan? Memanglah sedih sebab kubur arwah Abah akak kat sana. Tapi bila kenangkan family, akak jadi malas. Nanti  saudara mara semua ingat akak nak harta kalau akak balik sana. Entah apa apa. 

Sha : Sabarlah kak. Orang macam itu tak selamat hidup. Bukanlah orang doakan yang bukan bukan untuk saudara mara akak, tapi memang dah banyak sangat berlaku. Minta minta dijauhkan. Biarlah tu urusan dia dengan Tuhan. Akak tak dapat hasil balak tu pun, still boleh hidup kan? So teruskan jelah. 

Kakngah : Tulah. Dik, kawan akak semua cerita pasal Ipad. Ipad tu apa? 

Sha : Haa? Ipad tu bentuk dia macam Galaxy Tab yang kita tengok dekat Courts haritu rasanya. Tapi Ipad lagi super duper bestlah. Apple kot. 

Kakngah : Kalau akak nak beli Iphone, baik ambil Ipad lah kiranya nie? 

Sha : Haaaaa. Yang tu yang orang tak pasti. *gelak* Eh, akak kata nak pakai BB? Mana tahu nanti orang pakai BB, boleh BBM. Mana tahulah kannnnn. *gelak macam orang gila* 

Kakngah : Ouh yeke? Nanti kita pergi survey nak tak? Ajak Abang Ngah. Akak ingat bonus akhir tahun nak beli gadget sikit. 

Sha : Okay. Boleh. Orang tahu satu Apple store dekat CS ada. Tempat lain tak tahu pula. 

Kakngah : CS? Boleh boleh. Nanti kita per. Eh, Ma cakap awak nak cari laptop baru? 

Sha : Ma ada cakap ke? Kepoh betul Ma. Tak tahu lagi. Tengoklah. Kalau ada rezeki study nie. Kenapa kak? 


Kakngah : Awak nak cari laptop apa? 



Sha : Hari tu orang pergi Sony dengan Fatin. Dia nak beli mp3. Then ternampak Vaio. Comel gila. Nanti kalau kita keluar, orang tunjuk kat akak. 

Kakngah : Hari tu exam pointer awak berapa? Ma cakap okay. Okay ke tak? 

Sha : Okay je. Takdalah gempak mana. Tapi okaylah. 

Kakngah : Dapat berapa? 

Sha : *telan airliur* Dapat 3 point something je. 

Kakngah : Yelah. Point berapa? 

Sha : Alaa. 3.29. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki dan sikit rajin, InsyaAllah boleh dapat 3.5. KALAUUU orang rajinlah. *gelak hihi* 

Kakngah : Kalau dapat 3.5, akak belikan vaio. Macam mana? Nak? 

Sha : FUYOOOOO! Seriously? Seriously? Seriously? Ini yang nak buka buku belajar je. 

Kakngah : Amboi. Terus. Kalau tak, memang tak buka ke? 

Sha : Buka juga. Tapi time exam. Nak buat revision kan. 

Kakngah : Hampeh betul budak ni. Okay, kalau awak dapat 3.5 vaio. Kalau tak dapat vaio, BB pun boleh kan? 

Sha : *angguk laju laju* Boleh boleh! Tapi study sebab nak ganjaran. So macam budak budak. Rasuah betul. 

Kakngah : Taklah. Tu kan effort awak. Awak dah berusaha. Kalau awak capai baru dapat. Kalau tak capai, tak dapatlah. Deal? 

Sha : Okay deal! Setuju. 

Sha pun teruslah bangun nak masuk bilik. 

Kakngah : Nak pergi mana pula tu? 

Sha : Nak pergi studylah. Kata nak dapat 3.5. HAHAHA. 

Kakngah : Ouh okay okay. 



Yes! 
Inilah vaio idaman Sha. 
Sekian. 
Okay tq. 

Masuk bilik. Terus buka twitter. Study apakah itu? Jeng jeng jeng~ :D Nak no comment boleh? ;) 

p/s; Muka kakngah sedih masa cerita pasal family Pahang dia. Cerita nak emo pula akak aku ini. Untuk info, arwah Abah kakngah Sha, ada tinggalkan wasiat bahawa ladang balak dekat kampung atas nama kakngah Sha. Tapi nenek tiri Kakngah kejam. Sanggup datang Johor sebab nak minta balik akak tanah balak. Padahal dia itu TIRI je pun. So kakngah malas nak gaduh gaduh, bagi jelah. Haish! Tak baik betul makan harta anak yatim. Tak selamat hidup. Minta dijauhkan. Nauzubillah. And Sha berani janji pointer dengan kakngah sebab kakngah kalau dia cakap dia buat. Sebab itulah. Mana tahu untung sabut boleh pakai BB. :D Kalau rugi batu, pakai jelah Nokia nie sampai bila bila. Janji ada handphone sudah. Ye dak? :) Lagi satu. Lupa nak cakap. Abang BEN ASHAARI follow blog kita. Korang ada? Sila jeles sekarang. :p

5 comments:

Amirah Suhana said...

fuhhhhhh penat baca cerita.bestnya berborak ngan kak ngah ya? heehehee

nak beli bb gak ke..saya pun tengah fikir2 nak bli ke x.heeeee

shasshaDanial said...

Best. bebual dengan kakngah was awesome! :)

sha pun sama. ingat nak beli jugak. insyaAllah. :)

Mizz ErMa said...

uhh..bestnya ada orang nak kasi hadiah..stdy betul2 tau..hehe

Amirah Suhana said...

idaman saya juga :)

shasshaDanial said...

Mizz Erma; InsyaAllah. study memang betul. malas dgn rajin je. HIKHIK~ :D

Amirah Suhana; Nanti kite boleh kenal kenal. BBM gitew~ chehh! :D

Anda baik kalau click. Thanks! :)