Shassha Danial

08 August 2011

Ramadhan : Hari Ketujuh

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Sudah hari ketujuh. Sudah seminggu kita semua berpuasa. Sekejap saja bukan? Rasanya macam baru semalam saya bangun sahur and berpuasa. Yeahh! 3 weeks to go. InsyaAllah kalau panjang umur bolehlah raya sama sama. :)) 

Disebabkan today Ahad, so Sha pun dengan murah hati dan jantung cakap dengan Ma, Sha nak masak. Shassha nak memasak? Okay sila gelak laju laju sekarang. T_T Sha masak nak simple saja. Kuey Teow Tomyam. :) Sha cakap dengan Ma and Ma pun okay. Orang nak masak, sudah tentu tentulah dia happy. Tak payah pening kepala nak memasak. KANN? So Ma dengan Abah keluar siang tu. Tapi Sha sempatlah suruh Ma beli bahan bahan. Siapkan semua bahan dan mula memasak. Tak lama. 1 jam 45min saja. Sediakan bahan bahan + memasak. Masa berbuka kan, Along Sha, iaitu insan yang paling cerewet dalam hal masakan cakap, "okay sedap." Angah bantah, "cairlah. Tak pekat sangat." Along jawab, "Sedaplah nie. Kaw nak sama macam dekat kedai memang tak dapat lah. Tu pure Thai punya." AWWW~ Terharu kita Along backup kita tau. :p Thanks Along. Love you. Mwah mwah! So semua makan banyak tadi. Sukanya rasa bila kita masak ada orang nak makan banyak banyak. HIHI. :)

Sha tak keluar pun today. Duduk rumah sebab Kakngah ada dekat rumah. Dia nak potong langsir dekat rumah Ma. Dalam 9pm baru dia balik. Sha pun terus layan bola. Manchester City vs Manchester United. FA Community Shield. Sha tak tahu juga mula mula. Nasib baik ada seorang peminat ManU text Sha bagitahu. Kalau tak, memang kelaut la. Tapi still blur blur. Cup apa pula ini? -_- Bila game sudah selesai, barulah buka pakcik Google. Ouh. Champion BPL dengan Champion FA Cup rupanya yang terlibat. Okay faham sudah. Bola tadi was OKAY LAH~ ManU menang 3 - 2 keatas ManC. Last goal macam bangang. Okay malas nak cerita panjang panjang. Nanti ada yang cakap sha jealous pula. So better diam. Okay dah kunci mulut saya. 

Manchester City 2 - 3 Manchester United

Okay itu saja untuk hari ini. Sekian. Ouh ya. Selamat datang minggu kedua Ramadhan. Semoga kamu semua diberkati Allah selalu. Ameen. 

p/s; Still tak ada khabar berita dari kamu. Heyy! Tak tahu kamu buat apa, sihat ke tak, kenapa senyap. Banyak sangat persoalan. Tapi satu saja. JAGA DIRI OKAY! 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)