Shassha Danial

04 August 2011

Ramadhan : Hari Ketiga

Assalamualaikum. Kita berjumpa lagi. Alhamdulillah sempat lagi nak update tentang hari ini. Tadi berbuka apa? Sahur apa semalam? Mesti makan best best kan? Sha tak sihat. So selera makan pun tak sihat. Tapi still mengidam COKE SUSU. :') 

Okay. Hari ini tak banyak benda yang Sha buat. Bangun macam biasa. First stop was dapur. Kemas dapur basuh pinggan semua. Mak pula tak masak banyak juga. Nak masak mee katanya. Sha pun siapkan bahan bahan nak masak mee. Senang sangat. Bawang merah, bawang putih, lada kering. Letak sayur sikit letak udang letak bebola ikan dan kek ikan ataupun nama glamour dia, fish cake. Mak yang goreng. Sha siapkan bahan saja. ;) Today macam semalam juga. Rumah full dengan big family. Semua berbuka dekat rumah. Syukur! 

Lepas berbuka tadi, Sha keluar dengan Ari. Dia suruh teman dia pergi beli baju. Okaylah. Kita orang pergi Jusco. JUSCO LAGI! Semalam Jusco hari ini Jusco. Bosan sudah saya! HAIHH! -_- Oleh sebab dah ter-postpone 4 hari nak teman dia, keluar juga tadi. Ari beli baju tee Angry Birds. HAHA. Agak comel lah. Dia beli dua helai. Design lebih kurang nie. 


Comel bukan? :) 


Masa dalam kereta Ari cakap Ana accident. Ana, dia bestie Sha juga. Sha tentu tentu terkejut. Then Ari cakap bukan car accident. Tapi accident dengan sinki. And I was laughing like crazy dalam kereta tadi. HAHAHA. Pelik kan? So balik tadi singgah rumah Ana. Nak tengok macam mana keadaan dia. Luka dalam. Kena 7 jahitan. Kesian Ana. Take a good rest okay hunny? Love you! <3 Then balik bebual dengan mak sekejap then masuk bilik. :) 

Sha rasa sampai sini saja. Lambat kan update today? Biasalah. Ada saja benda nak kena buat. *nak cakap dia busy lettew* HAHAHA. Baiklah semua. Selamat bersahur. Selamat berpuasa. Selamat semuanya! Mari mulakan ramadhan ke empat dengan bismillah dan senyuman. :) 

p/s; menyanyah je Sha nie kan? haha. Biasalah. Orang tua. :p Haipp! Awakk! Kita nak rindu biarlah. Jangan nak wondering bagai okay? HEEE~ ;) 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)