Shassha Danial

11 August 2011

Ramadhan : Hari Kesepuluh

Assalamualaikum semua. :) 

Okay. Sha lately kerap tidur lewat. Memanglah bagus niat nak kejut Ma dengan Abah bangun sahur plus nak hidang makan untuk sahur itu tapi kalau sampai diri sendiri terabai, kesian bukan dekat saya? Ada sesiapa tahu macam mana nak hilangkan penyakit susah tidur Sha ini? Tolong saya please. -___- 

Bali kolej tadi berhujan. Kesian kita. Abah tak ambil naik kereta. Nasib baik tak lebat mana. Kalau tak, kuyup juga tadi. Tak kisah pun sebenarnya. Janji sampai rumah cepat. Dari naik kereta sampai rumah lambat tak guna juga kan? ;) Sampai rumah tadi, Ma cakap Pak Aki dah meninggal. Sha punyalah terkejut. Innalillah. Seriously tak sangka. Memanglah arwah sakit tapi tak sangka secepat ini. Ajal maut ditangan Tuhan kan? Macam mana kita tak sangka pun, semua kehendakNya. Dia lagi mengetahui semuanya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. 

Today Along berbuka dekat rumah dia. So just Angah dengan family Sha saja yang berbuka dekat rumah. Lepas berbuka ajar Sofea baca suku kata sekejap and tolong dia buat homework. Tak keluar pun malam. So that all for today. Have a nice day people. Selamat berpuasa. Okay bye~
This is Nur Fazryn Sofea. 
My baby gemuk! <3

p/s; kadang rasa takut bila ingat mati. Amalan tak cukup lagi. Banyak lagi yang perlu dibelajar. Ya Allah. Kerdilnya saya. Semoga kita semua mendapat hidayah dan berkat dari Allah SWT. Ameen. 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)