Shassha Danial

20 August 2011

Ramadhan : Hari Kesembilanbelas (Memori, Sila Lupa Semuanya)

Hi all. Assalamualaikum. Sha lately asyik lambat update entry saja kan? Okay bukan lately saja. Memang selalu lambat. T_T Maklumlah. Orang busy. Lecture pula bagi kerja macam kami dekat rumah tak ada kerja lain. Ingat kami ambil subject dia seorang saja ke apa? -_- Membebel bising pun tak guna. Sebab sama saja sudahnya. KERJA YANG MELAMBAK. Still boleh siapkan cuma tak boleh enjoy enjoy sangatlah. Kalau cakap nak siapkan tak boleh nampak sangat tipu. Nak berblog boleh, tak kan nak siapakan assignment tak boleh? Ye dak? Tepuk dada tanya selera. Tak sedap betul pepatah. Pandai pandailah kamu fikir. Renung renung kan dan selamat beramal. Okay terpesong sudah. -.- Sha nak tanya, you all kadang kadang pernah terfikir atau terniat atau teringin nak buat something ini tak? : 

BRAIN WASH @ REFRESH MEMORY @ LUPA SEGALANYA. 

Pernah tak? Sha sebelum ini tak adalah terfikir nak buat benda macam ini tau. Tapi bila masalah satu persatu datang tanpa diundang, membuatkan Sha rasa macam tak nak ingat semua benda. Cuma nak ingat Tuhan, family dan kawan kawan rapat saja. Boleh macam itu? Sha nak semua benda yang ada dalam kepala ini hilang. Err. Maksud saya memori lah. Tak kan saya nak otak saya hilang pula. -_- 

Sha macam tak nak lagi ingat apa yang sudah Sha alami. Bak kata Sepah, barang yang lepas janganlah dikenang. #EhYeke? Sha nak semua memori Sha terpadam. Nak nak lagi memori yang boleh buat Sha mengeluarkan air mata dengan begitu murah sekali. Tipulah kalau cakap tak pernah nangis kalau teringat zaman dulu kala. Memang tipu. KANNNN? 

Tapikan, Sha tak nak pula hilang ingatan. HIHIHI~ Walaupun Sha tahu itu salah satu cara untuk kita lupa memori kita. Hilang ingatan lah. Tak kan nak minum clorox sebab nak lupa semua benda? Tak kan nak belah kepala awak dengan kapak lepas itu cuci dengan air tanah? Mesti tak buat punya. Okay, mengarut. Sila jangan buat! Karang tak pasal pasal front page pula. :D 

Beginilah. 
Ambil otak, berus pakai berus dawai. 
Confirm lupa tak ingat ingat lagi. 
HIHIHI~ 

Sha tak tahulah. Lately serabut sangat. Banyak kerja. Rasa macam nak masuk dalam gua tak keluar seminggu pun tak apa. Tak payah pening kepala fikirkan hal hal yang tak sudah sudah. KAN? Tapi, Sha tak mungkin buatlah. Sebab nanti kita rindu katil kita. :p BAHAHAHA~ 

p/s; you all yang tak ada masalah, janganlah cari masalah. Sebab masalah membunuh. Habis urat saraf kita tak boleh nak berfungsi dengan betul. Semua tak kena nanti. I wish I can delete some memory so that I can gain some space. InsyaAllah. :) mengada cakap orang putih pula dia. -_- Eh eh~ lagi sepuluh hari nak raya. Oleh sebab lambat, sebenarnya lagi sembilan hari saja. okaybye~

3 comments:

nik rosmawati said...

pernah gak rasa mcm tu.kalau blh delete memory ni mmg best la.nak delete memori yang tak best kan.

tp tak pe la.memori tak best tu kita jdkan pengalaman.so tak kan di ulang lagi lain kali :)

hamzah ian said...

aku pun sama

shasshaDanial said...

kakak nik rosmawati; jadikan pengalaman hidup. betul jugak. insyaAllah semoga pengalaman masa lalu banyak manfaat dan memberi kesedaran. :)

hamzah ian; samalah kita.

Anda baik kalau click. Thanks! :)