Shassha Danial

16 August 2011

Ramadhan : Hari Kelimabelas (Disaman)

Assalamualaikum semua. Hai. Selamat datang Minggu ketiga Ramadhan. Tinggal lagi kurang dua minggu saja kita akan menyambut Syawal. OMG! Berdebar! Tapi sedih lebih sikit dari berdebar. -_- Sedih sebab kita tak ada kampung. Nenek dengan Atok semua sudah tak ada. Berdebar pula sebab tak sangka dah nak jumpa Syawal. :') Macam persiapan raya you all? 

Entry before, Sha cakap nak sambung apa jadi lepas sahur kan? Okay okay. Sha nak sambung. Selesai makan, ingat nak sambung tidur. Mata tak boleh nak lelap. Agaknya dah terbiasa lepas sahur tak tidur so bila dekat rumah orang tak boleh nak tidur. Haish haish! Sampai 10am Sha berjaga lepas itu baru terlelap. Haih. Mata mata. O_O  Dah tidur lambat. Bangun pun sudah semestinya kelaut juga. Lambat. Dalam tengahari baru bangun. -_- Teruk bukan? Nasib baik Mak Bia best gila. Sporting habis! 

Bangun tengah hari itu kan, Sha mandi siap siap. Bia nak pergi BSN sebab nak beli pin number PTPTN. Sebab malam itu last untuk apply online PTPTN. Kesian dekat Bia. Dia tak tahu apa apa. Nasib baik Farid bagitahu. Kalau tak, entahlah. Sha pun tak tahu. Sebab masa Sha dulu, tak apply macam dia. Sha still ada pihak pengurusan yang guide. So agak bernasib baik disitu. :) Masa parking dekat depan BSN, kami tak nampak pun signboard yang kat situ kena pakai kupon parking. So parking bodoh begitu saja. Then masa balik ke kereta, jeng jeng jeng~ Yeah! Kami dapat saman MPBP! Sangat hebat. Rasa macam nak menjerit sambil berlari saja. -.- 

Inilah TABUNG yang telah BANYAK membantu saya didalam pelajaran. 
Grad nanti saya bayar balik. 
Karang tak pasal pasal PTPTN pula saman Sha. 
Okaybye~ 

Ari pula mengada tak puas hatilah apalah. Nak pergi pejabat MPBP. So kami pun pergilah. Bila dah sampai, tak nak cakap pula. Memang mengada namanya~ Sha as 'kakak yang sulung' konon kononya pun cakap. Pakcik yang dekat kaunter depan, suruh kami masuk bilik "perundangan." Macam buat salah membunuh. -_- So bila masuk bilik Puan MPBP itu kan, Sha pun dengan sehabis baik + sopan + santun cakap macam ini. "Assalamualaikum puan. Tadi kami pergi BSN. Tapi kami tak nampak board yang kena pakai kupon parking tu. Kami tak tahu sebab kami bukan orang sini. So, macam mana ye puan?" SEE? Sopan santun bukan? HAHA~ Dia cakap, "Ouh tak apa. Okay nah." Dia tulis Rm10/= dekat paper saman then bagi dekat Sha. Dari rm30 jadi rm10. Cool bukan? :) Lepas bayar, balik rumah Bia sekejap ambil barang then kami hantar Bia pergi kerja. So we heading back to Johor Bahru. My home sweet home~ <3

Tapi, singgah sebentar dekat bazar. Yelah. Nanti bila dekat atas highway tak sempat nak beli apa apa. So prepare awal. Belilah kuih muih sikit takut tak sempatkan. Sampai rumah betul betul semua tengah berbuka. Tengah makan. Sha pun join juga. Ma tanya dekat Sha, "kau mandi laut ke?" Sha, "=_=. Puasa puasa nak mandi laut apanya. Mana ada laut kat sana." Dia jawab, "Habis kenapa makin gelap?" And I was like, WHAT? =______= Sumpah Ma jujur gila. Thanks Ma! Then Sha pun ceritalah apa yang berlaku semua dekat family. Tiba tiba Ma cakap, "Orang kepoh dah balik rumah." Then Kaklong pula menyampuk, "Nak makan pun tak selera Sha tak ada kat rumah. Nak berjalan pun tak best." Itu sumpah PERLI gila! Thanks Ma and Kaklong. -_- So itu sahaja untuk diceritakan. ;) 

p/s; I miss my katil already even pergi satu hari saja. And ponteng class satu hari. Macam ini nak masuk Dean List? HARAPAN lah Shassha~ Eh awak, rindu kita dah kurang sikit. Sebab dapat berbual dengan awak. Thanks! :)

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)