Shassha Danial

16 August 2011

Ramadhan : Hari Keempatbelas (Dari Johor Bahru ke Batu Pahat)

Hai hai semua. Assalamualaikum. You all sihat? Sha sihat. Cuma batuk and suara serak sedikit. Dah macam suara katak. T_T Kita sangat lemah bila hal hal sebegini terjadi. Selsema dah okay batuk pula. Macam macam sakit nak datang dekat kita tau! Awak nak? Ambillah. Kita bagi free saja. :') 

Okay. Kembali kepada tajuk. Nampak tak tajuk macam Sha pergi cuti cuti Malaysia? HEHE~ Memang pun. Walaupun dalam Johor still, tapi guna highway okay~ So jalan jauh. Erm jauh. Tapi tak jauh sangatlah. Haip! Jauh juga okay. Pening ke banyak sangat words JAUH keluar? Me pun. -_- Baiklah. Sha pergi Batu Pahat dengan Ari ke rumah Bia. Bia kawan kami juga. Cuma dia rapat dengan Ari. Girlfriend Ari. :) 

Mula mula kami decide nak gerak 11am tau. Nak dijadikan cerita. Sha kan tidur lambat. So bila Ari call, Sha memang belum tidur. Then anak saudara suruh ajar ajar buat kerja kat lappy. Sudahnya tak sedar bila masa Sha terlelap. BAHAHA. Kesian dekat Ari tunggu Sha 2jam. OMG! Sorry little sis. :( Last last, mak kejut cakap dia dah lama tunggu dekat depan rumah. Sha pula bangun mamai mamai tengok jam dah 1pm. TERBAIK bukan? Ari cool saja. Suruh Sha pergi mandi then terus gerak. Wahhh! Baik betul hati adik Sha ini kan? 

So dalam 2pm kami gerak. Dalam kereta ambil kau dia punya sumpah seranah. HAHA. And the best part bila dia cakap, "aku dah call semua orang suruh reach kau. call pejal, call wada, call waney tak dapat pula. call ana dia cakap kau keluar agaknya." And Sha rasa macam nak ketawa bila dia membebel macam itu tapi tahan. Nanti sia sia kena maki dalam kereta pula. :D Kami sampai Batu Pahat dalam 4pm. Sampai saja terus angkut Bia ajak keluar. Merayap kat mana entah nama that mall. Bia beli nak beli beg. Lama juga merayap. Masa nak berbuka, kami berbuka kat mcd. Masing masing menggedik nak makan mcd. =_= Lepak lama gila kat mcd. Balik rumah tengok badminton akhir kejap. Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Entah piala apa entah. Tak ambil tahu sangat. Jujur bukan saya? HIHI~ Untuk berita lanjut cuba tengok sini okay. Thanks! :) 


By the way, Sha pergi Batu Pahat sebab birthday Bia. So malam before pergi makan roti nan, dia belanja Sha cake. Secret Recipe. Ari dengan Sha makan Chocolate Indulgence. AWWW sedap!! Bia beli one slice seorang. Dia makan Tiramisu. Nampak menarik. Malam dalam 10pm, kami makan roti nan pula. Sha tak pernah makan. So tak tahu macam mana. Kesiankan saya tak pernah makan? Okay boleh gelakkan sekarang. =_= Bia order roti nan cheese 3 dengan ayam tandoori 2 set. Lapar ke kebulur budak budak ini. Haish! Tak ingat dunia betul. Endingnya, ayam tak habis. Sangat brilliant! Masa on the way balik, Ari ajak lepak shisha pula. Sha dah penat. Dari siang keluar. Badan dah sangat letih. Tak tahu penat ke apa budak budak ini? And nasib menyebelahi diri Sha bila tempat shisha tutup. HAHA. ;)) 

Ini Chocolate Indulgence. 
Super duper sedap! 
Favorite all the time! 


And, ini pula Tiramisu. 
Tak pernah try. 
Sedap ke?

Balik, baring atas katil terus hanyut. Tersedar. Ingat dah 6am. Tengok jam phone baru 3.55am. What? Rasa macam dah lama gila tidur. -_- Sambung balik tidur. 4.30am terbangun sebab nak sahur. HEHE~ Mak Bia masakkan kami nasi ayam. Thanks Acik. Nasi ayam Acik masak sedap gila. Bertambah okay Sha makan. Manalah tak naik berat. Sedih betul! And the best part masa tengah sahur ialah, tengah makan kunyah kunyah, tiba tiba dengar orang azan. Rumah Bia depan surau. Semua tergamam. Habiskan makanan dalam mulut then gelak gelak. Okay moment itu sangat funny! Later Sha sambung apa jadi after sahur pula. Itu sahaja! :) 

p/s; Diam tak diam sudah 2 minggu kita berpuasa bukan? Rasa macam semalam baru start puasa. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Baik tak baik sangatlah. Tapi still boleh berpuasa dengan baik. :) Selamat datang minggu ketiga Ramadhan. Eh awak. Seriously rindu. Tak tahu kenapa. Haishh! Jaga diri tau. Okaybye~ 

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)