Shassha Danial

25 August 2011

Ramadhan : Hari Keduapuluhtiga (Malang Tidak Berbau)


Assalamualaikum. Hai semua. Dari tajuk entry mesti you all dah dapat agak sesuatu yang buruk telah terjadi? Yes! Memang buruk pun. Angah Sha accident masa on the way nak pergi kerja. -_- Sumpah sedih gila. :'( Selalu baca paper, tengok berita pasal kemalangan nak dekat raya ini tapi sekarang berlaku dekat ahli keluarga sendiri. Sedih okay! T_T

Cerita dia macam ini. Pagi itu masa Angah nak pergi kerja macam biasalah. Dia akan hantar Sofea pergi tadika dulu. So, oleh sebab dia kerja shif pagi, maka dia bawa saja motor. Tapi kalau dia kerja shif petang pun bawa motor juga. -_- Apalah cerita. Tak tak. Maksud Sha, kalau dia shif pagi dia akan hantar Sofea dan Kakngah Sha sekali. Kalau dia kerja shif petang barulah Kakngah naik kereta drive sendiri dan hantar Sofea. Haa~ Baru betul. 

Selepas dia hantar Sofea, dia dengan Kakngah pun pergi kerja. Macam biasa juga pagikan, so kereta memang banyaklah. Orang semua nak pergi kerja, nak pergi sekolah, nak merayap pun ada juga pagi pagi macam itu. Masa sampai dekat area Taman Tasek, traffic light merah tau. Tiba tiba ada satu kerata ini kan, boleh pula buka pintu sebab pintu dia tak rapat. Angah yang tengah bawa macam biasa ini pun terlanggar pintu kereta pakcik itu. Kaki Angah koyak teruk sangat and Kakngah jatuh tercampak. *Kakngah yang cerita*

Tak, buka pintu bukan point tau. Cuma, yelah. Pakcik itu buka pintu tak tengok belakang ke? Main buka pintu suka hati dia saja? Memang pakcik seorang saja yang ada kat atas jalan time itu. -_- Sha pun pernah rapatkan pintu dekat traffic light, pernah juga tapi tengok belakang dululah. Kalau main buka saja memang hilanglah pintu. Kan? Ke dia memang tak terfikir orang lain masa dia buka pintu itu? Sumpah careless ouh~ And disebabkan careless dia kan orang lain yang jadi mangsa. 

Kalau you all tengok mesti ingat kena dekat lutut kan? 
Tapi bukan tau. 
Dia kena dekat atas kaki then bawa ke atas tumit. 
Kira lalu bawah buku lali lah dia punya luka ini. 
And Sha tak boleh tengok lama lama. 
NGERI DAN GELI. 
-_- 

So, nampak tak semua orang bahawa disini kita hendaklah sentiasa berhati hati. Walaupun bukan kita yang minta benda macam ini nak jadi, tapi akhirnya jadi juga. Sebab orang lain, orang lain jadi mangsa. -_- Even berjalan kaki pun, hati hatilah. Silap silap terjatuh, patah kaki sendiri yang susah. Sha pun kadang kadang careless juga. Tapi selamat tak ada lesen lagi. Kalau tak, tak tahulah jadi apa. HAHA. :)) 

p/s; Oleh sebab update entry lambat, semalam Angah sudah selamat buat operation. Masa hari kena itu, doctor tak operate pun sebab ramai sangat orang nak operate katanya. BOLEH GITU? -_- BTW, Angah sangat tabah. Jadi macam ini pun still boleh tersenyum lagi. :') Kalau Sha, entahlah. Sekarang dah tahu bukan maksud malang tak berbau itu? Kita memang tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Tapi berhati hatilah. Anda mampu mengubahnya. :D Lagi lagi time raya ini. Bawa kereta balik kampung jangan sampai 140km/h. -_- Jangan nak merempit sangatlah. Biar lambat asal selamat. Cewah. Lambat pun kadang kadang tak selamat. Biar lambat asal berhati hati okay? Selamat pulang ke kampung semua! :) 

2 comments:

Scarecrow said...

sha..sedih la tgk.. kesian.. ngeri..sume ade.

shasshaDanial said...

Scarecrow; Haa kan? Sha lagi ngeri tengok real2. -_-

Anda baik kalau click. Thanks! :)