Shassha Danial

24 August 2011

Ramadhan : Hari Keduapuluhdua (A Few Thing Before Syawal)

Hai semua. Assalamualaikum. You all sihat? Sha sihat, Alhamdulillah. :) Puasa okay? Bagus. Okay. Perasan tak kita semua sudah berada di penghujung Ramadhan? Tak lama sangat lagi bakal berakhir Ramadhan yang mulia ini. Bila lagi nak berjumpa. Sha akan rindukan ia. Kalau panjang umur, InsyaAllah kita bertemu lagi. Ameen. 

Orang sekarang mesti tengah sibuk dengan malam tujuh lekur or whatsoever itu kan. Nak pasang lampu liplapliplap biar rumah terang macam stadium. Tak pun kalau boleh nak rumah macam rumah dia seorang saja yang ada lampu liplapliplap. :p Macam macam patern dan design yang ada. Yang sudah semestinya berbagai color pun akan keluar juga. Alangkah indahnya rumah you all. Terang benderang bagai disuluh lampu jalan. :) 



Cantik cantik bukan? 
Malam ini juga nak suruh Ma pasang. 
Okaybye~ 
-_-

Tapi tahukan kita ada satu benda yang lagi bagus untuk kita cari? Sha tak mahir sangat bab bab macam ini. Tapi dalam diri tetap timbul kesedaran tentang hal ini. Walaupun rambut I karat, tapi I tetap ingat and ambil tahu benda benda macam ini. So take note okay. Tak semestinya I tak tahu cuma tak sehebat ustazah atau ustaz atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan luas tentang Islam. :) 

Apa yang Sha nak ceritakan ialah tentang Malam Lailatul Qadar. Pernah dengar tak you all? Ada ambil tahu tak? Maaf kalau Sha tersilap and Sha hope ada yang betulkan Sha andai Sha tersilap nanti. Thanks! :) 

Ini berdasarkan apa yang Sha tahu, Malam Lailatul Qadar ini adalah 10 malam terakhir ramadhan dan sunat untuk dicari. Malam ini merupakan malam yang paling diberkati Allah dan insyaAllah akan diampunkan segala dosa dosa di masa lampau. Ia terjadi pada malam ganjil 10 ramadhan terakhir. Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah S.W.T  serta  dipermudahkan urusan Ramadhan kita. InsyaAllah. Ameen. :)

Kalau you all nak tahu lebih lanjut, Sha ada link kan beberapa artikel ini. Dimana Sha juga baca dengan lebih details lagi tentang Malam Lailatul Qadar disini. Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3. InsyaAllah nanti nak cari juga satu buku yang ceritakan tentang malam Lailatul Qadar ini. :') 

p/s; Sha tak pernah jumpa lagi. Teringin nak jumpa. Mungkin satu hari nanti. Saya mencari. Semoga kamu semua mendapat yang terbaik pada malam ini. Sama samalah kita berdoa. Abah pernah jumpa malam ini, Abah cerita pokok semua tunduk tanda dia bersyukur pada Allah S.W.T Tak dapat nak gambarkan macam mana. MasyaAllah. Betapa hebat kuasa Allah S.W.T kan? :') Sumber dari : Pakcik Google

2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Tak jumpa lagi lampu liplapliplap yang unik tuk tahun ni. Hehe.

Btw, semoga kita diberi lebih kekuatan untuk beribadat lebih dalam 10 malam terakhir ni. Hehe. ^^

shasshaDanial said...

#Ehsamalah. Semua still sama pattern. Bintang2, bulan2, sama jelah. :)

Thanks! Semoga kamu juga mendapat keberkatan. InsyaAllah. :)

Anda baik kalau click. Thanks! :)