Shassha Danial

21 August 2011

Ramadhan : Hari Keduapuluh (Syurga Membeli Belah)

Hai semua. Assalamualaikum. Macam mana rasanya sudah hari ke 20 berpuasa? Hebat bukan? Tinggal beberapa hari saja sebelum kita berhijrah ke bulan Syawal. Selamat hari raya maaf zahir batin semua. Eh? HIHI. Semangat sekali sekala. Tak ada hal bukan? ;) Baiklah. Malam tadi Sha keluar lagi. Dengan family Angah. Mula mula cari sofa untuk mertua dia. Sebenarnya tak tahulah mertua or mentua. Dua dua lebih kurang saja. So samalah kan? :D Then kami keluar cari baju anak dia pula. Berjalan saja bulan bulan puasa macam ini. Kadang kadang sampai tak tahu nak kemana lagi dekat Johor Bahru ini. Semua tempat rasanya Sha sudah pergi. AGAKNYA LAH KAN. So sebagai seorang JB-riot, disini Sha nak senaraikan beberapa tempat yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli belah di Johor Bahru berdasarkan pandangan Sha. :)

1) Pasar Borong Pandan aka Pasar Boring
Pasar Borong Pandan atau nama glamournya Pandan Uptown ini terletak di Pandan. Mestilah. Nama pun Pasar Borong Pandan. Dekat sini, you all cakaplah nak cari apa pun. Dari basah kering segar layu semua ada. Dari legal bawa ke illegal pun ada juga. Contoh paling mudah : DVD. Kalau nak beli barang buat kenduri kendara, sinilah tempatnya. Kalau nak beli barang meniaga, sinilah tempatnya. Pendek kata memang complete. Sebut saja nak apa? InsyaAllah ada. Janganlah nak cari Butik Adidas pula kat sini. Memang tak ada tapi kasut Adidas ciplak memang melambak. Pilih dan bayar saja. -_-

Location : Pandan (Tebrau)
Ingat dekat Danau saja ada uptown? 

2) Plaza Angsana
Shopping mall ini terletak dekat dengan kawasan perumahan. So memang akan ramai orang dari kawasan berhampiran akan shopping dekat sini. Mall ini juga terletak betul betul sebelah Jalan Skudai. Iaitu dimana antara jalan utama di Johor Bahru yang menghubungkan banyak tempat. Kira macam highway jugalah. Kalau tak tahu, sila tanya Pakcik Google Maps okay. Dia sedia membantu you all. Mall ini kalau you all nak cari barang keperluan memang dah lengkap. Banyak pilihan. Tapi kalau nak cari barang kehendak pun ada. Ada. Siapa cakap tak ada. Cuma mungkin kurang barang basah. Tapi still ada kalau nak cari sayur, ikan atau sebagainya. Masuk sajalah UO. Tapi still tak semewah dekat Pandan. :)

Location : Tampoi

3) City Square / Plaza Kotaraya
Dua mall ini memang terletak betul betul dekat town Johor Bahru. Tapi kalau pergi hari Sabtu atau Ahad, memang ramai muka budak yang baru nak naik. =_= SOOO ramai okay. Bukan buat cerita tapi memang kenyataan. Memang kalau nak tengok movie, CS is the best tapi kalau pergi ramai sangat budak budak, mood boleh hilang kot. Kalau sesiapa nak pergi, bolehlah pergi weekday ye kawan kawan. Sebab budak budak ini sekolah. Tapi tak tahulah kalau mereka ponteng. Kat CS kita akan jumpa ramai orang average umur 15-40 tapi kalau dekat Plaza Kotaraya kita akan jumpa orang average umur 25-60 mungkin? Sebab tempat itu memang klasik. Pada Sha. Jarang pergi situ. Kalau pergi pun sebab Ma nak cari baju. Itu saja. -_-

Location : Jalan Wong Ah Fok

Location : Jalan Trus

4) Aeon Tebrau City
Ini antara tempat shopping ada class dekat JB. KENAPA ENTAH. Sha rasa biasa saja tapi tak tahulah orang lain. Sebab kat sini banyak sangat butik butik. So you all macam tak perlu risau kalau you all rasa you all banyak duit. HIHI. Movie dia pun okay. Satu satunya cinema yang ada 3D dekat JB. Dekat CS pun tak ada. -_- Tapi dekat sini tak ada couple seat tapi CS ada. Hehe. Tapi yang best, dekat sini parking RM1. Okay kan? Dari tempat lain? Fiu fiu fiu~


Location : Tebrau

5) Cold Storage / Giant / Jusco /Tesco / Carrefour
Ini merupakan shopping mall penting dalam hidup seharian people Sha rasa. Hehehe. Sebab Sha dengan family beli groceries dekat antara tempat tempat ini okay. So, kalau tempat shopping macam ini tak ada, memang tak tahulah nak pergi mana. Pasar borong? BOSAN OKAY. -_-

Location : Plaza Pelangi Johor

Favorite location : Tampoi, Xtra Taman Suria, Leisure Mall, Plentong

Favorite location : Bukit Indah, Tebrau City

Favorite location : Tebrau

Location : Tebrau

So itu saja antara shopping mall yang Sha listkan dalam blog humble Sha ini. HIKHIKHIK. Kalau you all ada cadangan lain, sharelah lagi dengan Sha. Okay? Happy fasting people. GOD bless us. :) 

p/s; Tak tahu mana lagi tempat shopping menarik dekat JB. Mesti you all pelik kenapa tak pergi negara luar sebelah kan? Sha tak boleh nak merayap oversea. LOL~ Singapore saja pun. TAK ADA PASSPORT. -_- Ma tak bagi buat. T_T Sedih dengan result bola malam tadi. -_- Arsenal vs Liverpool. KALAH 0-2 ditempat sendiri okay. -_- Sha tak tengok lagi. Cuma kawan beritahu. So tak nak comment apa apa lagi. Tunggu Sha tengok nanti baru boleh nak cerita panjang lebar. :) Okaybye~ 

2 comments:

zulhilmi.tempoyak said...

rmai g danau kota smlm..hihi...

btw. i`m a fan of gunner too. T__T

shasshaDanial said...

zulhilmi.tempoyak; nampak sangat dia pun pergi danau semalam. :p

Ouh really? *high five*

Anda baik kalau click. Thanks! :)