Shassha Danial

03 August 2011

Ramadhan : Hari Kedua

Assalamualaikum. jumpa lagi kan kita. Ouh Sha lupa nak cakap. Sepanjang ramadhan this year, Sha akan cuba sedaya upaya untuk meng-update blog setiap hari tentang apa yang berlaku sepanjang hari tersebut okay. InsyaAllah. :) 

Semalam tidur lambat. Pukul 3am lebih baru nak tidur.  Ingat nak kejutkan mak. Tapi sendiri dah terbaring. Last last terlelap. Nak kejut mak semua ke laut. HAHA. Mak yang kejut Sha untuk sahur. Sha bangun. Duduk kejap, mamai mamai sikit then baring balik. Sedar sudah pukul 6 lebih. Okay azan dah berkumandang so tak boleh minum lagi. YEAH YEAH SUKA! -_- Siapa suruh tak bangun kan? Padan muka sendiri. Hari kedua tak sahur. 

Badan dah okay sikit. Dah boleh nak bangun. Tak pening macam semalam lagi. Cuma selsema yang tak hilang hilang. Menusuk ke otak ouh. Sangat tak selesa. :( Petang tolong mak kemas dapur. Mak tak masak banyak hari ini. Plus, abang abang semua buka dekat rumah. Semalam masing masing berbuka dekat rumah mak mentua. So kat rumah berbuka 4 orang jelah semalam. SUNYI!!! Tapi hari ini sudah meriah. ;) WEEE~ 

Lepas buka tadi, Kaklong tanya nak ikut dia shopping untuk anak anak dia tak. Sha pun macam dah sihat sikit. So ikut lah. Kami pergi Jusco. Masuk satu kedai, dia terus nampak satu sandal merah. Nak beli terus sebab ada 50% less. HAHA. Dia cakap nak pakai pergi kerja. Sha cakap lah okay. Tiba tiba Sha nampak satu wedges shoes ini. LAWA! Kaklong tanya, "nak ke?" Sha tanya, "akak nak belikan ke?" *gelak* Kaklong jawab, "tunggu gaji okay?" "OKAYYY~"  Then dia pergi kat Along. Dia datang balik kat Sha. Dia tanya lagi, "nak ke? Akak belikan okay?" Sha angguk jelah. Yeahhh! Baru baik demam dah dapat satu wedges! Suka suka! :)) Even tak mahal mana tapi saya berterima kasih dekat tukang beli itu. THANKS KAKLONG. I LOVE YOU. <3

TADAAAAAAAA~ 
Lebih kurang lah macam ini. ;) 

Then lepas cari baju anak anak dia, kami pun balik. Sampai rumah Achik cakap nak keluar. Nak ikut nak ikut! So tak sampai 20minit balik, dah keluar balik dengan Achik. Teman dia lepak lepak minum dekat Stulang. AWW~ Miss Stulang so much! Lama tak lepak situ. So berbual lah dengan Achik and Ejat (abang saudara Sha) Balik Stulang singgah Pasar Karat kejap. Achik nak cari kasut buat kerja katanyaaa~ Pusing pusing jumpa. Tapi kecil saiz 7 and besar saiz 10. HAHAHA. Tak jadi nak beli. So terus balik rumah. :) 

Okay lah. Itu saja untuk hari ini. Kejap lagi nak kejut mak sahur. KALAU TAK TERTIDUR LAH. :D Selamat bersahur kawan kawan kejap lagi. Tak kira di mana juga kamu semua berada. Have fun do it and not stress. ;) 

p/s; Menangis baca satu DM kawan ini. Sumpah terharu!! Rasa sayu sangat bila baca ayat dia. Thanks awak. Sha ingat ayat awak sampai bila bila. SMILE~ :)

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)