Shassha Danial

10 July 2011

Berangan Tinggi Melangit! :D

Hai. Mood saya waktu ini adalah berangan. So apa yang saya nak update pun sudah semestinya sesuatu yang saya angan angankan. Saya harap sangat impian angan angan saya yang ini tercapai. Tapi kalau fikir ikut akal yang waras lagi minda yang cergas memang luar daripada kepala otak. Memang tak tercapai akalmu agaknya. Memang gila punya angan angan lah senang cerita. HAHA. Suka hati okay. Blog saya kan? Saya nak update apa apa pun boleh kan? ;) 

Saya memang banyak angan angan. Kalau tak ada angan angan, kita tak akan ada motivasi nak capai sesuatu dalam hidup kita. Betul kan? Ngehehe. :D And dalam banyak harapan saya, saya hanya berharap harapan yang satu ini terlaksana. Yang ini saja. Fairlady tak dapat pun tak apalah. Yang penting nak yang satu ini tercapai. :) Boleh ke? :)

Mesti anda semua tertanya tanyakan? Apalah agaknya angan angan saya sampaikan Fairlady pun sanggup tolak tepi. Memang kena fikir panjang bila melibatkan Fairlady. Sebab itu benda yang paling berharga saya nak capai sebelum umur 30. :) Doakan saya okay? Thanks! <3 Okay okay. Balik kepada angan angan saya tadi. :)

Sebenarnya, saya berharap dapat keluar dengan si dia yang seorang ini. Satu hari pun jadi. Tapi nak habiskan masa dari pagi sampailah ke malam. Boleh tak macam itu? Siapa si dia tu? Adalah seorang yang saya memang dah jatuh cinta 10000% okay! Memang dah tak nampak orang lain lagi. Tak tahu kenapa boleh jatuh cinta dengan dia. Dia tu tak ada hebat mana. Tapi bolehlah. HIHI. 

Saya nak bila saya bangun pagi, dia ada kat sebelah saya. Lepas siap siap mandi semua, saya nak keluar pergi sarapan dengan dia. Nak tempat yang tak ramai orang. Tak nak tempat yang bising bising. Saya nak bawa dia jalan jalan dekat tempat saya membesar ini. Saya nak dia kenal semua benda. Saya nak tunjuk dia macam macam benda yang menarik kat sini. Saya nak bawa dia jumpa family saya sekali. Jumpa Abah, Ma dan semualah saudara mara. *semangat* HAHA. 

Lepas itu, bila tengah hari saya nak ajak dia pergi makan tengah hari ikut selera dia. Dia nak makan apa, saya ikut saja. Kena belajar apa yang dia suka juga. Nanti dia cakap saya teruk semua nak ikut saya. Tak nak lah benda macam itu jadi. Bila habis makan tengah hari, saya nak ajak dia window shopping. Saya bukan shopaholic so tak kisah sangat kalau tak membeli. Setakat cuci mata pun okay dah. Yang penting dengan dia. Indahnya dunia saya rasa masa itu. OUH~ :')

Petang sikit saya nak ajak dia pergi tengok wayang. *WAJIB* Bukan selalu dapat peluang macam ini. Bila dapat ini, saya nak manfaatkan betul betul. Saya nak tengok cerita yang romantik dengan dia. :p Saya nak dia tahu yang saya suka sangat sangat dekat dia. Dan kalau boleh, saya nak berdua saja dengan dalam satu hall tu. Just dia dan saya. Awak semua jangan nak fikir bukan bukan pula. Saya just nak habiskan masa saya dengan dia tanpa ada orang kacau. Tak nak orang lain tengok dia. Saya cemburu okay. Boleh membunuh. :p 

Habis tengok wayang, balik rumah. Mandi lepas itu siap nak keluar pergi dinner pula. Saya tak minta lebih pun. Tak perlu sampai candle light dinner bagai. Cukup kalau tempat yang selesa, makanan sedap and yang paling penting tak ramai orang. *ceh kejap lagi bawa dia pergi makan dekat Lambai Lambai* HAHA. :D Tak punyalah. Saya nak biar dia rasa gembira bila dengan saya. Saya tak nak cerita benda yang sedih. Saya nak cerita benda yang boleh buat kami berdua tersenyum dan ketawa. :)

Habis dinner, saya nak bawa dia jalan jalan tepi pantai. Pergi Stulang. Lepak dekat situ. Bawah sinaran lampu. HAHAH. Nak pegang saja tangan dia. Tak nak lepas. Tak sanggup rasanya. 1 hari semakin ke hujung. :'( 

Balik rumah, saya nak buka music yang slow. So kami boleh slow dance. Saya nak peluk dia ketat ketat. Saya akan rindu dia lepas ini. Saya nak habiskan malam saya dengan menari dengan dia. Saya harap sangat dia tak lupakan saya. Saya tak nak tidur tapi saya nak tidurkan dia. Saya nak tengok dia tidur. Saya nak tunggu sampai dia terbangun esok pagi. Saya kiss pipi dia, dahi dia. Saya nak dia tawu saya suka kat dia. :'(

Masa dia dah nak tidur nanti, saya nak bisik dekat dia macam ini, 

"BABY, I LOVE YOU SO MUCH! THANKS FOR TODAY. THIS IS THE BEST THING EVER HAPPEN IN MY LIFE. I'LL NEVER FORGET IT. SERIOUSLY. I REALLY ENJOY IT. I AM SORRY IF I MAKE MISTAKE. PLEASE TAKE CARE OF YOURSELF WHEN I AM NOT AROUND. GOOD LUCK IN YOUR LIFE BABY. I DON'T KNOW WHY I FALL WITH YOU. BUT I WANNA YOU TO KNOW THAT I LOVE YOU SO MUCH MUCH MUCH AND I WILL LOVE YOU TILL MY LAST BREATH. :') I GONNA MISS YOU AFTER THIS. :( IF YOU MISS ME, DO VISIT ME OKAY? I WILL WAIT FOR YOU BABY. I PROMISE YOU. OUH I LOVE SO MUCH SAYANG!!"

Habis bisik saja, saya nak peluk dia sampailah tertidur. Saya nak tidur dalam pelukan dia. Saya tak nak menangis. Walaupun saya tawu saya akan menangis. Saya tak nak dia nampak saya sedih. :(

Esok pagi, dia dengan saya akan berpisah. Saya akan hantar dia dekat airport. Saya salam dia. Cium tangan dia. Cium pipi dia, dahi dia. Saya bisik dekat dia, "I LOVE YOU SO MUCH. THANKS FOR EVERYTHING. TAKE CARE." Saya nak hug dia untuk kali terakhir sebelum dia pergi. :( Saya lambai tangan dekat dia. Sampai dia hilang dari pandangan mata saya. :)

Baiklah. Dah habis. HAHA. Romantik tak romantik tak? Kalau ada yang nak muntah, silalah muntah sekarang. Shassha tahu Sha romantik. You all jangan cemburu okay? :) Inilah harapan impian Sha. agak agak boleh dapat tak yang sama macam Sha cerita ini? Si dia dalam cerita ini terpaksa dirahsiakan sebab takut ramai yang nak flirt dengan dia nanti. LOL~ :p 

Untuk si dia, I FALL IN LOVE WITH YOU BABY! SO DAMN IN LOVE! <3 TAKE CARE. ;)

p/s; Silalah cemburu sebab Sha ada crush kat someone sampai macam ini sekali. :p and, jangan cuba cuba nak ngorat dia okay. ;) Pok nanti kalau kamu buat. HAHAHA

TAKE NOTE : Dah lama simpan entry ini dalam draft. Baru nak publish sekarang. :))

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)