Shassha Danial

05 April 2011

Wahai Ex Senior, Dengarlah Luahan Hati Ini. :') PART 2

Assalamualaikum. :) Maaflah. Lama tak jenguk blog. Kesian dia. Tambahan pula sekarang Sha dah ada kekasih baru. Lawat la ini kalau nak tahu lebih lanjut. :D Plus, Sha memang busy sikit. Test sana sini. Class lagi. Next month dah final. Oh my GOD! Cepat betul masa berlalu. And diam tak diam pun, dah masuk ke April sekarang. Alhamdulillah. Umur masih panjang. Masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dan berbuat baik dari Yang Maha Esa. Syukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan Tuhanku. :') 

Pertama sekali Sha nak cakap yang Sha sendiri pun tak sangka akan ada part 2 untuk entry sebelum ini. Okay memang tak rancang. Kebetulan and memang takdir Tuhan. Bukan kita yang minta. Kalau ada yang tak tahu apa yang berlaku sebelum ini, boleh lah cuba geledah blog Sha okay. :D 

Baiklah. Entry ini masih lagi untuk awak. Awak tahu siapa awak. Sha ingat cerita hari tu dah selesai hari tu juga, tapi rupanya belum. Lepas je awak baca entry hari tu, cepat cepat awak text sha cakap sorry sebab buat hati Sha macam ni. Awak cakap kita akan terus rapat sebab awak baru sedar sekarang. Awak juga cakap awak tak akan lost contact dengan Sha lagi and awak nak Sha terus rapat dengan awak. Awak minta maaf sebab awak tak hargai Sha. Dan yang penting, awak suruh Sha janji bahawa Sha tak akan tinggalkan awak. Awak ingat tak awak ada cakap macam nie? 

*tarik nafas dalam dalam*

Sha cuba untuk buat apa yang awak cakap tu. Serious Sha cuba. Sha text awak. Sha ingat awak. Dekat dengan awak walaupun Sha cuba untuk lupakan awak. Perit awak. Awak gembira dengan orang lain tapi Sha bersedih. Sha dapat sedih sedangkan awak bersuka ria. Bodohkan Sha? :) Tak sedar lagi yang awak tu dah jadi milik orang lain. Padahal dah jelas dan terang yang awak memang dengan dia sekarang. Kenapa Sha tak boleh nak terima kenyataan tu? Sesungguhnya kenyataan adalah memedihkan. :'(

Sha lagi suka luahkan apa yang rasa dekat blog dari texting phone dengan awak. Sha takut nanti kekasih hati awak akan salah faham kalau dia TERbaca text sha. Dekat blog, memang semua orang baca. Biarlah. Sha nak semua orang tahu walaupun entry ni memang khas untuk awak je. :) 

Antara kita hanya ada sekeping kenangan iaitu "plan wedding rare". Tapi antara awak dengan dia, awak sudah pun ada anak. :) Tahniah. Semoga hingga ke akhir hayat. Sha akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Kawan awak ada cakap dengan Sha, "kalau Sha sayang awak, biarlah awak yang tentukan hidup awak. Cinta tak boleh dipaksa. Sha kena ikhlaskan awak dengan dia." Sha sayang awak. Dulu, sekarang atau mungkin sampai bila bila. Sha nak awak tentukan yang terbaik untuk hidup awak. 

Awak, Sha nak minta satu saja. Lupakan Sha dan cakap dekat Sha supaya jangan cari awak lagi sebab awak dah ada kekasih. Tolong sedarkan Sha macam tu. Please! Sha tak nak rasa sakit lagi. Sha boleh jadi gila awak. :( Sha redha kalau awak dengan dia. Sha akan cuba terima walaupun makan dalam Sha. Sha nak awak bahagia je. Sha tak kisah kalau bahagia bukan milik sha. Tapi Sha tak nak awak derita. Tolonglah. Jangan ambil berat pasal Sha lagi. Sha tak sanggup. Sha tak boleh tengok awak dengan dia. Sha sedih. Sha terfikir kenapa bukan Sha yang ada kat tempat dia? Kenapa? Mungkin Sha bukan yang terbaik untuk awak. Jangan cakap sorry lagi. Jangan suruh Sha tunggu awak lagi. :'(

Semoga berbahagia. Sha relakan pemergian awak. Sha relakan. Sha ikhlas. :') Terima kasih atas segalanya sekali lagi SHA. <3 

I'm frustrated because
I can't tell if it's real
Frustrated because
I don't know how you feel
I'm frustrated because
We didn't talk last night
Frustrated because
We can't make things right
I'm frustrated because
There is no trust
Frustrated because
I know that's must
I'm frustrated because
I need you night and day
Frustrated because
I can't have things my way 
I'm frustrated because
You don't want to take my hand
I'm frustrated because
I can't get you to understand
I'm frustrated because
I can't feel your gentle touch
Frustrated because
I miss you so damn much
Frustrated because
We can't be together
I'm frustrated because
Even through everything I'll love you forever




p/s; Kali ni lagi teruk. Taip tangan menggigil sambil airmata berjurai jurai keluar macam baru mati laki. Sesungguhnya, separuh jiwa saya mati disaat ini. Saya tabah. Terima kasih Ya Tuhan atas ujianMu ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur.

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)