Shassha Danial

30 March 2011

Wahai Ex Senior, Dengarlah Luahan Hati Ini. :')

Entry nie, sha tujukan khas untuk ex senior sha. You know who you are. :) Pertama: Awak, kalau boleh memang  sha nak kahwin dengan awak. Sebab awak ialah lelaki pertama yang sha suka. Bayangkan la. Pertama okay! Kecil lagi sha dah gatal gatal suka awak. Tapi awak tak tahu pun. Darjah 4, darjah 5. :) 

Kelakar bila ingat balik. Kalau ada perhimpunan mesti nak jengah awak yang beratur kat tingkat bawah or apa apa majlis, kat mana pun, orang pertama yang sha cari mestilah awak. Mesti nak tengok awak duduk depan ke, belakang ke, sebelah sha ke. Lepas jumpa tu, selang 15 minit mesti tengok awak lagi. Kalau awak duduk depan sha, mesti sepanjang majlis sha akan tengok awak. HAHA. Comel je. :) 

And time tu boleh tengok awak lagi. Tapi bila awak dah masuk form 1, sha tetap juga tunggu awak. Masih! Dengan harapan sha boleh jumpa awak bila sha habis darjah 6 and masuk sekolah menengah nanti. Setahun sha tunggu awak tapi semuanya musnah bila sha dapat tahu yang awak berpindah sekolah lain masa awak masuk form 2. :'( Setahun awak. Bukan sekejap. 

Tapi mujurlah masa sha form 1 tu dalam kelas sha ada seorang nie muka sama sangat macam awak. Bila tengok dia, memang nampak awak. Terubat jugak rindu sha dekat awak. Serius sha rindu awak time tu. :( Tapi setahun je benda tu berlaku. Sebab bila sha masuk saja form 2, budak tu pulak pindah tempat lain. Sedih lagi. :( 

Lepas tu sha takda lah fikir awak je sangat. Sha nak exam kan masa tu. PMR just around the corner. Sha pun study jelah. Tapi kadang kadang ada juga teringat dekat awak. Tipulah kalau sha cakap takda. Awak yang ajar sha erti rindu even time tu rindu sha tak berbalas pun. :') Takpa. Shassha redha. Awak jugak lelaki pertama yang ajar sha tulis kata kata cinta. Kalau sha jumpa puisi tu, sha akan sampaikan untuk awak. Sha pasti puisi tu ada lagi. 

Sampailah 2010. Sha bosan masa tu and dengan tak sengaja search nama awak dekat Facebook. JUMPA! Ada satu je result yang nama macam tu. Cuma muka je berubah sikit. Tanpa fikir panjang, sha pun add. Takkan la ada sampai 2, 3 orang nama macam dia dalam dunia nie. Detik hati sha. Sebab nama rare sangat kan. Okay, lepas je awak approve sha, sha terus message kat FB tanya "betul ke awak nie abg senior sha, dulu sekolah mana, ada adik nama tu tak?" Something macam nie la soalan dia. And awak jawab betul. Awak ingat lagi tak? Ke sha je yang ingat semua benda nie? :(

Awak tahu, sha melompat kegembiraan sebab orang yang sha nak sangat jumpa, sha dah jumpa. Sha dapat cari walaupun lama terpisah and walaupun hanya dekat FB. Tuhan saja yang tahu macam mana sha rasa time tu. 

Hubungan kita pulak dari tak bebual and tak kenal pun sangat awak and awak pun tak tahu sha tahu banyak benda pasal awak sampai la kita jadi rapat! Baik sangat. Awak pun tak sangka ada orang yang kepoh ambil tahu pasal awak dari dulu lagi. Awak ingat tak awak ada tengok bola yang ManU lawan dekat mamak Bukit Aliff tu? Masa tu pun sha ada nampak masa sha balik merayap dengan abang malam tu. Alahai kenangan. :') 

Tapi..... 

Semua tak kekal lama. Sekarang awak dah mula kerja. Awak dah mula menjauh dan lupa dekat sha. Sikit sikit. Tapi sha boleh rasa. Kita dah tak rapat macam dulu jugak. Dah renggang sangat. Awak cakap sha buat awak hilang percaya dekat sha? Come on la. Sha buat apa sampai awak cakap macam tu? Explain? Serius sha nak awak explain kenapa awak cakap macam tu. Sha banyak je benda nak tanya, tapi sha taknak. Tak apalah. 

Awak, Sha bukan lagi sha yang darjah 4 dulu. Sha dah besar. Kalau awak dah ada orang lain yang buat awak bahagia, awak bagi tahu. Jangan diam. Sha dah boleh fikir pun awak. Sha tak kisah. Itu hak awak. Hidup awak. Tapi sumpah sha sedih. Bukan sebab apa. Sebab awak tak jujur. Sha ni bukan la tunggul pun. Cakap je. Lepas itu awak cakap awak hilang percaya dekat sha. Tanpa sebab. hmm. Sha pelik sangat. Sha tak buat apa apa pun. And awak pun tahu hakikat itu. Lagi, awak yang mengaku ada orang lain muncul dalam hidup awak, tapi kenapa sha yang dilabel tak jujur? Kenapa?  Hmm. 

And now, sha dah tak nak sedih lagi. Sha penat nak menangis untuk lelaki pertama yang sha suka nie. Awak teruskan hidup awak. Sha tak nak berharap lagi awak. Sha akan cuba lupakan "plan wedding rare" yang pernah kita cerita dulu. Seseungguhnya, itulah kenangan terindah sha ada dengan awak. :) Sha bahagia kalau awak bahagia. Sha bersyukur sangat pada Tuhan sebab dipertemukan balik dengan awak. Asalkan sha tahu awak sihat, awak baik, tu sudah cukup untuk buat sha tersenyum. :) 

Sha minta maaf kalau sha memang bukan yang terbaik untuk awak. Kalau boleh sha tak nak hilang awak lagi. Tak nak terpisah lagi. 8 tahun cukup lah sha ternanti nanti awak. Sha tak sanggup. Tapi apakan daya sha? Awak lagi bahagia dengan orang lain. Sha harap awak kekal bahagia. Untuk selama lamanya. Dengan Si dia. Terima kasih sebab bagi sha peluang untuk meluahkan perasaan sha dekat awak. Apa yang sha rasa dari sha darjah 4 lagi. Sha bahagia suka dekat awak walaupun dalam diam. Biarlah sha mulakan sekali lagi. Mungkin sha hanya boleh suka awak dalam diam. MUNGKIN. Sha sendiri tak pasti. Awak tolong jaga diri. Ingat, sha tetap akan kenang awak dalam doa sha. Sha akan sentiasa ingat awak. Tak kan pernah lupakan awak. Sha nak awak tahu tu. 

Terima kasih atas segala galanya wahai SHA. :'( 



p/s; Shassha menangis taip entri nie. Come on la sha. Chill okay. You can faces it. :') I am trying to smile. Seriously hard for me but at least I do. :)

Anda baik kalau click. Thanks! :)