Shassha Danial

19 January 2011

Please~ We Are Done Dude. :)

Assalamualaikum semua~ maaf la sha agak lama tak update blog ni.. kesian pula kat beliau.. maaf kan saya ye mr.Blog.. :) tapi sha tahu tak ada pun yang rindu kat sha kan?.. betul tak?.. sumpah nak menangis dah ni.. hahaha.. :)) ada la satu dua yang tanya tak update blog ke.. tu je.. tak apa la~ orang dah tak ingat kan? *sedih + tacing*

Baik la.. sha sebenarnya tak ada lah nak cerita apa sangat.. cuma hal seorang guy yang pernah be with me before this.. *ceh speaking London nampak* hahaha.. nama dia rahsia boleh tak? kang ada pulak yang salah sangka la silap nama dan sebagainya la~ hahaha... enough kalau kita panggil dia MSA saja okay.. ;)

Sha dengan dia dah lama kenal.. sejak di alam sekolah lagi.. :D bermula kenal biasa biasa sampai lah tahap luar biasa.. ;)) sha kenal dengan dia masa sha form 4 akhir kalau tak salah~ kenal la.. kawan dan bercinta..lama juga kami bersama.. macam macam juga yang di tempuh.. mak sha pun kenal dia.. sha kenal semua keluarga dia.. dari mak, abah, abang, kakak, saudara mara dia semua sha kenal.. tapi nak buat macam mana kan? kenal family tapi tak ada jodoh.. +_+

Cerita dia macam ni.. sha putus dengan dia pun cara baik je.. tak ada la macam orang gila.. gaduh bagai nak rak lepas tu putus juga.. kami ambil keputusan nak berpisah cara baik.. lepas itu tak ada la call or mesej mesej.. kalau ada apa apa hal tertentu je baru la text.. macam hari raya ke merdeka ke new year ke... tapikan, dia selalu text sha.. cakap sayang la rindu la cinta la.. dude! please stop it~ sampai la sha percaya bila dia cakap dia tak ada gurfie semua.. tapi tak ada la nak balik dengan dia semula.. memang tak la~~

Tapi Tuhan tu maha Adil kan?.. ada satu malam tu sha keluar dengan Achik nak beli sate.. and sha nampak ada one guy ni macam dia tapi tak mungkin la kan sebab mamat tu angkut girl sekali.. tapi hati kuat cakap tu dia.. sampai je kat tempat sate, sha terus call dia.. and sha call bukan sebab sha cemburu or what.. sha just nak tahu betul ke tu dia or bukan.. and yes sha betul.. sha call and girl yang angkat.. lepas tu sha cakap la nak cakap dengan mamat tu and semuanya kantoi~ bila dia cakap "a'ah.. orang dengan dia dah lama.." rasa macam "wow! lakon layarmu hebat, terpukau ku melihat!" =_= haa~ macam tu la.. shassha tak marah tau kalau dia terus terang cakap dia ada gurfie tapi ni dia tipu sha.. so sha rasa macam bodoh sangat.. sangat sangat sangat bodoh.. memang double stupid for me la~ sebab percaya cakap dia tu... haihh! 

Start daripada hari tu, sha memang tak ada nak call dia lansung.. jangan kata nak call, text pun memang tak la! memang tak ingin nak ada apa apa kaitan dengan orang macam itu lagi.. tapi ingatkan panas sampai ke petang rupanya ribut taufan di tengah hari.. tanpa di duga, dia ada call sha tapi sha tak angkat.. esoknya baru sha text dia tanya kenapa call.. yelah.. kot kot ada orang meninggal ke kemalangan ke, kan susah.. kannn? :D dia pun start la mesej bukan bukan~

Bukan bukan kat sini bukanlah apa~  dia mula la balik madah berhelah dia tu.. cakap sayang, rindu dan cintakan saya... AGAIN!! ehh~ saya tak suka awak la.. susah sangat ke nak faham? and yang paling tak boleh terima tu kan, the way dia mesej tu, macam la sha yang dumb dia dulu.. okay~ memang sha yang dumb dia tapi tu dah lama kott and ber-reason.. bukan saja saja je okay.. sha tak ada la nak buat macam dia.. ada orang lain cakap tak ada... wtf la kan~ =____=

Kesimpulannya kat sini, sha nak dia tahu yang sha memang dah tak nak kat dia lagi.. lansung~ mungkin kami memang "loving couple" dulu tapi tu dulu.. untuk dia :

"awak, mungkin betul apa yang awak text saya tu.. tapi saya tak boleh nak bersama awak lagi.. cukup la.. awak jangan la nak text saya psycho psycho macam tu.. saya tak suka.. bukan salah saya kita tak bersama tapi entah laa~ saya pun tak nak lah salahkan awak.. awak fikir la.. awak dah besar kan? dah matang nak berfikir.. kalau awak tak boleh nak sayang orang lain macam awak sayang saya seperti mana yang awak kata, tu bukan salah saya juga.. saya jalankan tanggungjawab dengan baik masa saya bersama awak sebagai kekasih.. tolong jangan muncul dalam hidup saya lagi kalau tak ada apa apa yang penting.. kisah kita hanya kenangan.. awak hanyalah kenangan masa lalu saya.. tak mungkin untuk kita bercinta kembali.. tanam lah kat fikiran awak, kita dah tak ada apa apa.. we are done MSA! :)"

Sekian.. clear? cukup besar kan font tu? atau saya perlu edit untuk menambah kebesaran font tu lagi? :D maaf sekiranya saya merapu di sini.. blog saya kan? suka hati saya la.. :D

p/s; sila lupakan saya! anggap saja kita tak pernah kenal dan teruskan la hidup dengan semangat family awak macam apa yang awak cakap kat saya untuk text terakhir kita hari tu.. okay? thanks for the memories b!!  :)

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)