Shassha Danial

16 November 2010

Berakhir Sudah Episod Cinta Mereka!

Kawankawan pernah rasa putus cinta tak?.. mesty pernah kan walaupun cinta monyet sekalipun... betul tak?.. tipu la kalau tak pernah rasa... kalau tak bercinta pun, mesty ada minat seseorang dalam hidup kan?.. mesty pernah rasa suka seseorang, sayang seseorang or minat seseorang.. sha sendiri pun pernah suka seseorang... sayang kat seseorang... obses dekat seseorang... tak payah tengok jauh la... kalau kawankawan kenal sha, mesty kawankawan tawu sha obses sangat dekat "budak comel"... betul tak?.. sampai sekarang... sha masih tunggu dia... walau dia masih buat tak tawu dekat sha... sha redha je... :') 

Tapi, kesah kali ini bukan la tentang sha atau tentang budak comel atau tentang kisah cinta sha yang selalu tak menjadi.. :D tetapi kisah cinta seseorang yang rapat dengan sha iaitu abang yang sha sayang dan kasih.. Abang Chik sha... :) tapi sha panggil dia Achik je... kalau kawankawan pernah baca blog nie dari mula, mesty kawankawan tawu sha pernah cerita tentang Achik dengan GF dia.. sha mengaku sha tak suka GF dia.. sebab apa?.. sebab perempuan tu berlagak macam dia je bagus.. hakikat nya tak pun... =.= and dia tu lagi muda dari sha tapi berlagak macam dia tawu semua benda... plus, dia tu sombong... tu lah sebab kenapa sha tak suka dia.. tapi lantak la dia nak macam mana pun kan... dah abang sha suka, sayang, cinta maty kat dia kan.. sha nak buat macam mana... sha biar la jelah.. asalkan diorang happy dan bahagia.. tapi sha ada la jugak doa mintak supaya diorang putus.. hahaha.. >:) tapi kalau dah cinta maty tu, buat macam mana pun tetap tak jadi apa kan... so biar jelaa.. :) 

Tapi kisah cinta diorang tak selamanya bahagia... keluarga perempuan tak suka abang sebab abang takda bisnes sendiri... sebab abang bukan dari kalangan yang berada... sebab abang nie nothing pada pandangan mata diorang... kalau boleh nak lelaki yang datang dari keturunan Syed jugak... *hey makcik, mak saya pun Syarifah la... dan keluarga kami lagi mampu dari keluarga awak... cuma abang saya je yang takda bisnes sendiri...* boleh bayang tak apa sebenarnya mak perempuan tu nak?... kalau boleh nak anak dia kahwin dengan lelaki yang ada Syed jugak, kayaraya agaknya dan lainlain lagi.. 

Sha bukan nak ketepikan Keturunan.. tapi tak semestynya Syarifah kena kahwin dengan Syed... mak kahwin dengan abah lelaki biasa je... takda Syed, memang lelaki yang extreme biasa.. bahagia je sampai sekarang.. dah dekat 35tahun berkahwin.. Alhamdulillah... mungkin pengaruh keluarga jugak la... budak 19tahun, apa yang diorang berani buat?.. mesty kena ikut cakap ibubapa.. kan?.. takkan nak lawan.. nak jadi anak derhaka ke?.. tanak kan?.. mungkin macam tu la yang jadi dekat GF abang tu...

Kesian jugak dekat dia... sebab kena paksa kahwin macam tu... sha nak salahkan dia pun tak boleh... sebab sha tawu dia tak suka lelaki tu tapi kenapa dia tak menolak atau bincang baikbaik dengan lelaki tu sendiri?.. ataupun dia memang dah termakan budi lelaki tu.. entah la.. sha tak berani nak cakap apaapa.. kalau salah cakap dah jadi fitnah.. fitnah tu berdosa besar ye kawankawan... :) hanya dia je yang tawu apa yang dia lakukan dan apa yang dia fikirkan..  sha hanya mampu doakan dia bahagia ke akhir hayat dia.. 

p/s; walau tak lama mana hubungan abang dengan dia, tapi dah dekat 3 tahun lebih jugak... walau sha tak suka macam mana pun perempuan tu, sha tetap syukur abang kenal dengan dia and terima kasih kat dia sebab bersama dengan abang sha... abang yang dulu kaki clubbing dah tak lagi pergi sana.. yang dulu mabukmabuk, dah tak lagi macam tu.. yang dulu selalu berpeleseran dengan kawankawan, dah tawu duduk rumah dan keluar bila perlu sahaja... sha nampak perubahan tu... abang dah jadi makin matang.. semuanya sebab dia... walau tak suka macam mana pun aku dengan kaw, tapi kaw dah selamatkan dan berjaya ubah abang aku jadi lelaki yang lebih baik lagi sekarang.. thanks Syarifah Maimunah untuk segalanya.. aku hargai semua itu.. :)

No comments:

Anda baik kalau click. Thanks! :)